Sunday, October 25, 2009

Soalan- Soalan Lazim Tentang Kaunseling

1. Apa itu Kaunseling & Kaunselor ?

Kaunseling adalah proses membantu sesoerang individu dalam memahami diri mereka sendiri, tingkahlaku, perasaan Dan hubungan. Kaunseling dapat membantu sesoerang tersebut mengenal pasti kekuatan diri Dan menjana kehidupan dengan membuat keputusan yang baru untuk kehidupan yang lebih baik

Manakala kaunselor merupakan individu menjalankan perkhidmatan kaunseling berdasarkan kod-kod etika berdasarkan Akta Kaunselor 1998. Menjadi satu kesalahan menjalan amalan kaunseling sekiranya tidak berkelayakan.

"23. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini." - Akta Kaunselor 1998 (AKTA 580)


2. Apakah faktor-faktor mencari perkhidmatan kaunseling?

Staf atau Pelajar mencari kaunseling untuk pelbagai tujuan tanpa limitasi. Antaranya ialah:
· Menangani perubahan hidup
· Memahirkan diri dalam membuat keputusan
· Akademik
· Kerjaya
· Mengenal personaliti
· Penyesuaian diri di tempat kerja Dan kolej
· Masalah perasaan dalam diri seperti kebimbangan tekanan, kesunyian, malu, takut
mahupun marah
· Kematian Dan kehilangan seseorang
· Perasaan rendah diri
· Soalan-soalan yang sensitif Dan Ada nilai dalam hidup seseorang
· Masalah dalam hubungan dengan rakan, pasangan Dan orang lain
· Gangguan Seksual
· Pengunaan Alkohol Dan dadah
· Stres

3. Betulkah kauseling itu RAHSIA ?

Perkhidmatan kaunseling memang rahsia Dan segala maklumat dijaga keselamatannya. Kami tidak dapat mengeluarkan maklumat tanpa kebenaran klien. Walaubagaimanapun kerahsiaan tersebut tidak dapat dikekalkan dalam empat keadaan iaitu;
A. Sekiranya boleh mengancam nyawa
B. Penderaan
C. Perintah Mahkamah
D. Dibawah Peruntukan Undang-Undang


4. Adakah terdapat bayaran untuk perkhidmatan kaunseling?

Tidak, perkhidmatan adalah percuma, Perkhidmatan Kaunseling memang disediakan untuk semua pelajar Dan kakitangan UPM Kampus Bintulu.

5. Adakah Kaunselor/Pegawai Psikologi UPM Kampus Bintulu berkelayakan?

Ya, Pegawai Psikologi di UPM Kampus Bintulu berkelayakan kerana merupakan pemegang ijazah kaunseling Dan merupakan Kaunselor Berdaftar dibawah Lembaga Kaunselor Malaysia.

6. Bagaimana untuk membuat temujanji?

Temujanji boleh dilakukan dengna mengisi borang temujanji di Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau menhubungi 086-855357 (Puan Hairoon) untuk penempahan masa temujanji dan menghantar borang temujanji ( Seperti dilampirkan ). Sesi kaunseling boleh juga terus dengan walk-in berjumpa terus kaunselor/pegawai psikologi sekiranya segera dan memerlukan. Tempat sesi kaunseling boleh ditentukan oleh klien bergantung kesesuaian tempat dan budi bicara kaunselor/pegawai psikologi.

7. Adakah saya perlu jadi ‘pelik’ untuk mendapatkan kaunseling?

Tidak, menghadiri perjumpaan kaunseling bukan perlu jadi ‘pelik’ dan mempunyai masalah mental. Banyak staf Dan pelajar yang menghadiri kaunseling kerana mengalami pengalaman sukar , berborak untuk kelegaan dan mencari bantuan professional untuk mengelakkan perkara semakin rumit atau sukar.
Sebilangan orang berasa segan dan malu untuk berjumpa kaunselor kerana risau di label bermasalah. Hakikatnya, berjumpa dengan kaunselor boleh membantu untuk input Dan memberikan kelegaan pada diri. Cubalah!

Saturday, July 25, 2009

Mengendali Dan Menyesuaikan Diri Dengan Teman Sebilik Di Kolej Kediaman

Hai bersua lagi.. Saya banyak dengar cerita tentang rakan sebilik di asrama atau koleh kediaman. Bagi baru merasa hidup dengan teman sebilik yang baru, selamat menyesuaikan diri. Tapi , adalah pulak yang tak serasi.. Selepas, saya kaji berikut merupakan beberapa perkara yang berlaku dalam sesama teman sebilik.

1. Berbudi Bahasa

Masuk ke dalam bilik baru, mulakan dengan 3S (Senyum, Salam dan Sapa).. dari situ terjalin hubungan mesra. Ini tak, datang2 ke bilik dah masam muka dan bertutur sepatah jer. Tapi kadang-kadang, tak boleh disalahkan juga roomate macam ni. Mungkin ada personaliti mereka yang pendiam dan tak pernah bersosialisasi dengan orang.

Ada pulak yang jenis kasar orangnya, cakap pun tune yang tinggi. Roomate jiwa lembut.. Mmg kontra jadi nyer.. mmg rasa tertekan sikit. Oleh itu, cara selesai mudah jer.. bersopan santun dan mesra dahulu. Lepas serasi macam adik beradik, bolehlah ketawa terbahak-bahak.

2. Kebersihan

Ini juga punca roomate tak puas hati, ada roomate memang pengotor sgt. Mmg tak teratur terutamanya lelaki. Contohnya, baju boleh pakai 10 kali dan jeans boleh cuci setahun sekali. Kadang2 cadar katil pun berbau.. So, roomate pun naik rimas..

Kadang-kadang kalau anda jumpa roomate seperti ini, memang asal usul kebanyakan pelajar jenis ini di manja di rumah. Mesin basuh baju dan jemur baju oleh emak yang lakukan.

Walau apapun, sekiranya ada rakan sebilik macam ini .. bantulah dia sedikit sedikit.. jangan marahkan mereka. Buatkan mereka rasa malu dengan menolong mereka kemaskan meja dan bilik.. Pengaruhi dia supaya bersifat bersih.


3. Personaliti

Setiap manusia ada keunikan masing-masing. Keunikan menjadikan manusia begitu istimewa.. Saya dan anda tidak sama walaupun kembar.. Memang ada perbezaan. Jadi, personaliti kawan-kawan anda pun berbeza.

Mungkin anda melihat rakan sebilik, memang kontra dan berbeza dengan sifat-sifat diri anda. Kadang-kadang rasa tak sesuai dengan diri anda. Saya tak nafikan kerana sifat kawan menyebabkan anda tertekan. Saya ada dengar roomate yang sensitif, kurang sopan, kuat merajuk, selalu moody, pendendam, cemburu, pemarah dan ada pula jenis psiko..

So, macam mana kita mengendali perkara ini?

Cuba menegur kawan secara asertif ( win win situation), walaupun perit tapi perlu cuba supaya boleh sampaikan perasaan anda.

Sekiranya tak dapat, cuba guna orang ketiga yang dia hormati..

Kalau tak dapat pun, kita doakan dia berubah.. Mungkin itu sifat dia perlu kita terima.


Kesimpulannya, jadilah rakan sebilik yang terbaik sehingga bila kita berpisah dia akan kenang kebaikan kita selama ini. Jangan jadi seorang teman bilik yang dikenang sikap yang kurang menyenangkan.

ANDA MENENTUKAN DAN MERUBAH DIRI ANDA, BUKAN ORANG LAIN.

Monday, July 20, 2009

Bersama Kaunselor : Public Speaking

PERSOALAN

salam en.rahim..apa khabar? saja je nk tanya khabar..susah nk nampak muka en.rahim kt pentadbiran sekarang..or saya je yang malas nak pegi sane..huhu..alang-alang pekasam saya nak tanya sikit ni..saya boleh dikatakan ade sikit masalah nak berhadapan dengan audiens la..bila nk cakap dpn orang ramai walaupun text dah ada kt tangan saya still fell gabra semacam n sometimes bila darah gemuruh saya naik, otak dah x boleh nak proses apa yang nak dicakap..so berdirilah saya kat dpn orang ramai cam bodoh x tau nak buat apa2..saya agak en.rahim mesti tau apa masalah saya maybe bcoz en.rahim pon pernah alaminya mcam saya..

JAWAPAN

Wsalam. Saya sihat alhamdulliah. Nampaknya adik mmg kurang selesa dengan dalaman diri adik sewaktu berada dikhalayak ramai. Setiap orang atau saya pun rasa gementar bila menyampaikan ucapan bila tidak selesa dengan audien. Sebenarnya menyebabkan kita gementar adalah diri sendiri bukanlah disebabkan oleh orang lain.

Berikut pandangan saya untuk mengurangkan gementar ketika bercakap di di depan orang ramai.

1. Fahami tajuk yang diucapkan
- adalah penting untuk mengusai tajuk sehingga dapat memahami satu persatu fakta-fakta yang disampaikan
-selepas itu cari persoalan-persoalan yang mungkin ditanya

2. Latihan
- Sekiranya tidak yakin Cuba buat latihan pembentangan di dalam bilik , sekiranya Ada cermin dalam bilik Cuba pandang diri anda dalam cermin sambil membentang
- Laksana sehingga mahir bercakap Dan yakin dengan apa yang dicakapkan.

3. Mencari keselesaan
- Cuba menganggap audien anda seperti anda berbual dengan kawan-kawan atau ahli keluarga. Jangan terlalu tegang sangat.
- Sebelum bermula, Cuba untuk tarik nafas dan bertenang. Ketenangan adalah kunci keyakinan anda

4. Perlahan-lahan
- Jangan terlalu cepat bercakap kerana terlalu gementar atau membunyikan perkataan 'eeer' terlalu kerap.
- Cakap satu persatu, biar lambat asal anda faham apa yang anda katakan

5. Jaga perasaan dan minda anda
- sebelum membentang sila yakinkan diri yang anda boleh buat. Keberanian itu penting
- Jangan fikir apa orang lain fikir. Jangan membanding diri anda dengan orang lain. Sekiranya anda memikir Dan membandingkan diri dengan orang lain anda akan rasa rendah di depan orang lain

PERCAYA BAHAWA PENGALAMAN DAN PERISTIWA YANG BERLAKU AKAN MENJADIKAN ADIK LEBIH MATANG. DARE TO FAIL.

Saya harapkan impian adik untuk menjadi public speaker yang hebat akan berjaya. Saya percaya adik boleh buat.

Tq. : )

Wednesday, July 15, 2009

Jadilah Pelajar Luar Dari Kebiasaan

Semalam saya pergi dengar Ceramah 4k di Kolej Sri Rajang. Pak Ngah Ishak beritahu pentingnya menjadi Pelajar Luar Biasa.

Oleh itu, saya suka ingin mengingatkan pelajar baharu atau pelajar sedia ada, jadilah pelajar yang berkertrampilan dan mempunyai aura yang menarik. Walaupun sukar, cuba 'push the limit'. Perubahan dalam diri bermula dalam diri
Tips untuk Perubahan Diri yang positif:
1. Niatkan dalam diri supaya aku boleh berubah
2. Tekad dan Rancang perubahan. Anda perlu berani keluar daripada 'comfort zone'
3. Jangan malu untuk berubah. Malu akan menyebabkan anda rendah diri.
4. Jangan pedulikan apa yang dikatakan oleh orang lain. Ambil yang postif dan buang yang negatif.
5. Paling penting, jangan takut untuk menyatakan kelemahan diri. Ego dan Penipuan tentang diri membuatkan diri sendiri lebih tertekan
Kalau anda rasa malu sekarang, selamanya tidak akan berubah. Orang di sekitar anda tidak akan ingat lama peristiwa remeh yang memalukan anda.
Oleh itu, jadilah pelajar yang luar dari kebiasaan.


Tuesday, July 14, 2009

Gelaran Pak Usu

Hi.. apa kabar? Atas permintaan ramai saya tunaikan permintaan rakan-rakan pelajar saya hasilkan blog untuk anda semua. Blog ni lebih saya bercerita tentang psikologi, kaunseling dan kehidupan. Hopefully, rakan-rakan pelajar gembira

Sebelum saya bercerita lebih lanjut. Saya inginkan ceritakan kenapa saya di panggil Pak Su di UPM Kampus Bintulu. Nama ni bukan saya hasilkan tetapi nukilan Pembantu Universiti 2008 semasa Kursus BTN di Klang Lamp Camp , Bako. Hasil pakatan bersama. Pembantu Universiti 2008 memang memberi impak yang dalam hidup saya

To Norilawati dan Cha ... i never forgot what you two said to me. TQ