Sunday, October 25, 2009

Soalan- Soalan Lazim Tentang Kaunseling

1. Apa itu Kaunseling & Kaunselor ?

Kaunseling adalah proses membantu sesoerang individu dalam memahami diri mereka sendiri, tingkahlaku, perasaan Dan hubungan. Kaunseling dapat membantu sesoerang tersebut mengenal pasti kekuatan diri Dan menjana kehidupan dengan membuat keputusan yang baru untuk kehidupan yang lebih baik

Manakala kaunselor merupakan individu menjalankan perkhidmatan kaunseling berdasarkan kod-kod etika berdasarkan Akta Kaunselor 1998. Menjadi satu kesalahan menjalan amalan kaunseling sekiranya tidak berkelayakan.

"23. (1) Tiada seorang pun boleh menjalankan amalan sebagai kaunselor melainkan jika dia memegang suatu perakuan amalan yang sah yang dikeluarkan di bawah Akta ini." - Akta Kaunselor 1998 (AKTA 580)


2. Apakah faktor-faktor mencari perkhidmatan kaunseling?

Staf atau Pelajar mencari kaunseling untuk pelbagai tujuan tanpa limitasi. Antaranya ialah:
· Menangani perubahan hidup
· Memahirkan diri dalam membuat keputusan
· Akademik
· Kerjaya
· Mengenal personaliti
· Penyesuaian diri di tempat kerja Dan kolej
· Masalah perasaan dalam diri seperti kebimbangan tekanan, kesunyian, malu, takut
mahupun marah
· Kematian Dan kehilangan seseorang
· Perasaan rendah diri
· Soalan-soalan yang sensitif Dan Ada nilai dalam hidup seseorang
· Masalah dalam hubungan dengan rakan, pasangan Dan orang lain
· Gangguan Seksual
· Pengunaan Alkohol Dan dadah
· Stres

3. Betulkah kauseling itu RAHSIA ?

Perkhidmatan kaunseling memang rahsia Dan segala maklumat dijaga keselamatannya. Kami tidak dapat mengeluarkan maklumat tanpa kebenaran klien. Walaubagaimanapun kerahsiaan tersebut tidak dapat dikekalkan dalam empat keadaan iaitu;
A. Sekiranya boleh mengancam nyawa
B. Penderaan
C. Perintah Mahkamah
D. Dibawah Peruntukan Undang-Undang


4. Adakah terdapat bayaran untuk perkhidmatan kaunseling?

Tidak, perkhidmatan adalah percuma, Perkhidmatan Kaunseling memang disediakan untuk semua pelajar Dan kakitangan UPM Kampus Bintulu.

5. Adakah Kaunselor/Pegawai Psikologi UPM Kampus Bintulu berkelayakan?

Ya, Pegawai Psikologi di UPM Kampus Bintulu berkelayakan kerana merupakan pemegang ijazah kaunseling Dan merupakan Kaunselor Berdaftar dibawah Lembaga Kaunselor Malaysia.

6. Bagaimana untuk membuat temujanji?

Temujanji boleh dilakukan dengna mengisi borang temujanji di Bahagian Hal Ehwal Pelajar atau menhubungi 086-855357 (Puan Hairoon) untuk penempahan masa temujanji dan menghantar borang temujanji ( Seperti dilampirkan ). Sesi kaunseling boleh juga terus dengan walk-in berjumpa terus kaunselor/pegawai psikologi sekiranya segera dan memerlukan. Tempat sesi kaunseling boleh ditentukan oleh klien bergantung kesesuaian tempat dan budi bicara kaunselor/pegawai psikologi.

7. Adakah saya perlu jadi ‘pelik’ untuk mendapatkan kaunseling?

Tidak, menghadiri perjumpaan kaunseling bukan perlu jadi ‘pelik’ dan mempunyai masalah mental. Banyak staf Dan pelajar yang menghadiri kaunseling kerana mengalami pengalaman sukar , berborak untuk kelegaan dan mencari bantuan professional untuk mengelakkan perkara semakin rumit atau sukar.
Sebilangan orang berasa segan dan malu untuk berjumpa kaunselor kerana risau di label bermasalah. Hakikatnya, berjumpa dengan kaunselor boleh membantu untuk input Dan memberikan kelegaan pada diri. Cubalah!